Bahan-bahan yang diperlukan
1) Untuk pastry
170g butter
50g/ setgh cwn gula halus
1 biji telur
2 3/4 cwn tepung gandum
Sedikit vanilla
*mix semua bahan tersebut, kemudian uli dengan tangan dan tambah sedikit tepung gandum sehingga doh yang kurang melekat pada tangan, simpankan dalam peti sejuk sekejap. Kemudian tekan-tekankan doh kedalam bekas pastry, dicucuk dengan garpu dan dibakar 12 minit.
2) untuk cream cheese
250 g cream cheese yang telah dikeluarkan dari peti sejuk 20 minit (tatura/philadelphia/dll)
50 g/setgh cwn gula halus
1 biji telur
Sedikit vanilla
Blueberry
Pewarna ungu
*mix bahan tersebut, sekiranya masih terlalu likat, tambah sedikit air sehingga kelikatannya masih boleh mengikut bentuk dalam tart. Letakkan blueberry pada biskut tart yg telah dibakar. Kemudian pipingkan cream cheese kedalam tart tersebut. Corakkan atas cream cheese dan dibakar 10 minit.
Blueberry cheese tart siap untuk dimakan.



No comments:
Post a Comment