Tuesday, October 15, 2013

Carrot cake

Kek carrot hanya disukai oleh orang yang tertentu, kerana sesetengah orang tak berapa gemar, sebab our 'our taste is different'. Minggu lepas terinspirasi daripada kakak untuk buat kek karot dan alhamdulillah berjaya buat satu kek karot.


Resepinya

1) 2 cawan tepung gandum*
2) 1 sudu teh cinnamon (serbuk kayu manis)*
3) 2 sudu teh soda*
4) 2 sudu teh baking powder*
5) 4 biji telur
6) satu cawan gula kastor
7) 1 sudu teh vanilla
8) 2 cawan parutan karot
9) 3/4 cawan kacang badam/ pican/ walnut (saya suka badam)
10) 250g cream cheese 
11) satu cawan minyak masak
12) 125 g /1 cawan butter
13) 1 cawan gula halus

Cara-caranya
1) putarkan telur, gula, minyak, vanilla
2) ayakkan bahan bertanda * dan masukkan kedalam adunan
3) masukkan karot dan badam
4) panaskan oven, letakkan dalam loyang, bakar

Untuk cream cheese frosting
1) putar cheese, butter, gula dan sapukan atas kek

Siappp, nyum2





No comments:

Post a Comment